Thursday, 26 July 2012

Cerita Zaman Sekolah Cikgu


Kepala Malik Pecah


Tahun 1993 kawan darjah satu sekolah rendah di Besut. Cikgu muzik yang mengajar kelas kawan pada masa tu Cikgu Abdullah. Rambut kerinting dan muka beliau iras macam arwah Ronnie James Dio , cuma hidungnya saja sedikit besar ,macam biji durian.
Cikgu Abdullah suka batu, jari-jemarinya penuh dengan cincin batu permata besar,bermacam jenis batu, tinggal batu nisan saja yang belum dicanai dibuat permata. Jari cikgu nampak classy; macam jari bapa Qarun. Bila tengok cincin dia kawan rasa serabut dan gerun. Tak berat ke tangan cikgu bawak cincin banyak sampai macam tu- beban~.
Kalau ada murid yang nakal atau tak buat kerja subjek muzik, Cikgu Abdullah akan hukum guna cincin. Beliau terbalikkan batu-batu permata ke bahagian telapak tangan dan paaaap tampar kepala budak. Geliat geliut budak2 bila batu beliau singgah di tempurung kepala, menggosok2 kesakitan macam kera kena sengat tebuan. Ramai yang pernah kena, kawan salah seorang yg pernah makan jasa batu permata Cikgu Abdullah. Batu Zamrud warna hijau biji petai yang cikgu pakai di jari tengah paling menyakitkan.

Latihan Namakan Alatan Muzik Perkusi


Tuesday, 24 July 2012

Cara Memegang dan Teknik Memainkan Tamborin


Cara Memegang dan Teknik Memainkan Tamborin

Tamborin merupakan sebuah gelung yang lazimnya diperbuat daripada kayu atau plastik. Di sekelilingnya terdapat ceper-ceper besi kecil yang menghasilkan bunyi apabila digoncang. Terdapat dua jenis tamborin iaitu tamborin berkulit dan tamborin tanpa kulit.


Lazimnya tamborin dimainkan dengan dua cara iaitu:
  1. Pegang tamborin dengan tangan kanan dan goyangkan ke kiri dan ke kanan.
  2. Pegang tamborin dengan tangan kiri @ kanan. Ketuk tepi tamborin atau kulit tamborin dengan hujung jari tangan kanan @ kiri.















Cara Memegang dan Teknik Memainkan Kastenet


Cara Memegang dan Teknik Memainkan Kastenet

Rupa bentuk Kastanet diperbuat daripada kayu atau plastik. Alat ini mempunyai dua bahagian yang diikat dengan tali atau getah.
Cara memegang dan memainkan kastanet :
Lazimnya gelung tali atau getah kastanet disarungkan pada jari tengah dan biarkan kastanet terletak di atas tapak tangan kiri @ kanan. Ketuk kastanet dengan hujung jari tangan kanan @ kiri.




Cara Memegang dan Teknik Memainkan Alat Perkusi


Cara Memegang dan Teknik Memainkan Alat Perkusi

Kemahiran Memainkan Alat Perkusi
Dalam permainan alat perkusi, murid-murid diberikan peluang belajar membaca skor perkusi yang terancang. Mereka belajar :
  • Menunggu giliran mengikut skor.
  • Menyebut menepuk dan mengetuk bersama-sama.
  • Memainkan alat dan berhenti mengikut arahan.
  • Mula dan berhenti bersama-sama mengikut skor muzik.
  • Merasai situasi bermain seperti sebuah orkestra yang penuh dengan peraturan dan disiplin.
Cara yang betul untuk memegang dan memainkan alat-alat perkusi adalah penting bagi menghasilkan bunyi yang estetik. Murid perlu dilatih mengamalkan teknik memainkan alat-alat perkusi yang betul.

Kerincing
Rupa bentuk Kerincing lazimnya diperbuat daripada besi dan berbentuk segitiga. Pemegangnya merupakan seutas tali pendek yang diikat pada bucunya. Kerincing mempunyai sebatang besi pengetuk. Apabila diketuk, ia menghasilkan bunyi lanjut yang nyaring.
  1. Pegang tali kerincing pada talinya sebelah tangan dan pemukulnya di tangan yang sebelah lagi. Pastikan tangan yang memegang tali kerincing tidak menyentuh kerincing.
  2. Kerincing boleh dimainkan dengan cara mengetuk pada lingkaran segitiganya dengan pengetuk kerincing. Ketukan boleh dilakukan juga di sebelah luar kerincing atau dalam kerincing.




Kemahiran Memainkan Alat Perkusi


Kemahiran Memainkan Alat Perkusi

Dalam permainan alat perkusi, murid-murid diberikan peluang belajar membaca skor perkusi yang terancang. Mereka belajar :



  • Menunggu giliran mengikut skor.

  • Menyebut menepuk dan mengetuk bersama-sama

  • Memainkan alat dan berhenti mengikut arahan

  • Mula dan berhenti bersama-sama mengikut skor muzik

  • Merasai situasi bermain seperti sebuah orkestra yang penuh dengan peraturan dan disiplin

Matlamat Bermain Alat Perkusi


Matlamat Bermain Alat Perkusi

Permainan perkusi pastinya menjadi aktiviti yang dinanti-nantikan oleh setiap pelajar. Ia merupakan masa yang membolehkan pelajar meluahkan perasaannya disamping berhibur. Alat muzik perkusi tentunya mudah dimainkan dan semua pelajar dapat mengambil bahagian tanpa kecuali. Di samping itu, permainan alat perkusi juga membantu membina koordinasi gerakan anggota badan murid. Dalam permainan alat perkusi murid berpeluang meneroka kreativiti mereka. Seterusnya permainan alat perkusi secara ensembel memupuk semangat kerjasama dan toleransi, disiplin, dan rasa tanggung jawab. Oleh yang demikian, guru hendaklah memastikan semua murid berpeluang memainkan alat perkusi. Antara matlamatnya ialah :
  1. Menyemai rasa cintakan irama. (Cultivating a feeling for rhythm)
  2. Membantu kanak-kanak mengetahui dan menghargai muzik dimana kebanyakkan mereka tidak dapat peluang belajar bermain muzik secara formal. Kanak-kanak dilatih untuk mengenali bunyi dan nilai bunyi pastinya akan sedar betapa kreatifnya pencipta lagu dan seterusnya menghargai nilai seni bunyi.
  3. Membolehkan kanak-kanak melalui latihan aural dan membaca muzik dapat menghayati dan menghargai hasil karya muzik seterusnya memajukan diri mereka dalam muzik.

Apakah yang boleh dicapai melalui pembelajaran Perkusi?
Pendengaran;
dapat mengenalpasti rangkai lagu, imbangan bunyi, tekanan bunyi, bentuk irama seterusnya menjadi lebih sensitif kepada bunyi dan sentuhan bunyi.
Daya Ingatan;
Kanak-kanak dapat menyerap tema malah keseluruhan lagu melalui latihan muzikal.
Mata;
Mata boleh dilatih untuk membaca dengan lancar malah boleh lebih pantas dari sebutan.

Alat Perkusi


Pengenalan

Sejarah mengenai alat-alat perkusi telah lama wujud. Manusia zaman dahulu mengetuk dinding-dinding gua, bongkah-bongkah batu dan kayu berongga secara tidak sengaja dan hasil bunyi dari ketukan dijadikan sebagai isyarat atau suatu bentuk komunikasi bagi maksud tertentu. Cara ketukan atau pola irama yang dimainkan juga digunakan bagi sesuatu upacara adat kelompok kaum berkenaan. Lama kelamaan ianya menjadi tradisi dan kebiasaan sebagai satu bentuk kesenian dan kekal sebagai adat dan seni budaya suku kaum tersebut.

Permainan muzik perkusi adalah asas kepada permainan muzik yang lebih besar seperti orkestra . Permainan perkusi memerlukan disiplin yang tinggi semasa persembahan atau semasa latihan. Tanpa disiplin yang tinggi persembahan tidak mungkin berjaya.Bentuk persembahan menyerupai sebuah orkestra sebenar. Pemain berbaris mengikut kumpulan alat. Seorang konduktor akan mengawal persembahan.

Seorang pengiring (biasanya guru muzik) akan memainkan melodi dengan piano atau satu instrumen @ menggunakan rakaman audio. Permainan perkusi dimainkan mengikut disiplin orkestra. Setiap alat dikumpulkan dalam satu kumpulan dan akan bermain serentak. Bagi tahap 2 KBSR melodian akan dimainkan oleh beberapa murid. Pemain akan bermain mengikut skor muzik yang telah disediakan.
Setiap alat perkusi perlu dimainkan mengikut teknik yang betul agar menghasilkan bunyi yang estetik. Murid diasuh untuk mengamalkan teknik yang betul memainkan sesuatu alat perkusi. Bagi mencapai tujuan itu, guru perlu menunjukkan cara memegang dan memainkannya mengikut teknik yang standard agar murid dapat membina biasaan yang baik dari awal lagi.
Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bermain alat muzik melebihi keinginan untuk belajar muzik. Guru yang akan mengubah keinginan ini agar murid-murid dapat belajar muzik dalam erti kata sebenarnya